Wednesday, May 20, 2009

Apa itu kereta recond?

Ramai yang masih muyskil dan keliru tentang makna kereta recond ini. Masih ramai lagi yang tidak dapat membezakan kereta recond dan kereta 'second hand'. Saya terangkan sedikit makna dan perbezaan antara kereta second hand dan kereta recond.

Kereta recond adalah kereta second hand yang dibawa masuk dari luar negara. Contohnya ialah Kereta second hand dari negara Jepun. Spesifikasi adalah dari negara Jepun, sama seperti kereta CBU. Maksudnya pemasangan, kualiti, spesifikasi dan binaan adalah semuanya dari Jepun.

Penggunaan kereta di Jepun biasanya tidak melebihi 5 tahun. Kereta dari Jepun yang dijual oleh 'owner' lama ini kemudiannya masuk ke pasaran Malaysia setelah dibaiki dan diselenggara di Jepun terlebih dahulu.

Sampai di Malaysia, kereta2 ini belum didaftarkan, maknanya baru di jalan raya Malaysia. Syarikat-syarikat yang mempunyai AP akan membeli kereta-kereta ini dan dipasarkan di Malaysia.

Kereta recond biasanya adalah kereta-kereta yang sederhana mewah ke mewah

Begitu la sedikit sebanyak maklumat tentang kereta recond.

Kereta second hand pula adalah kereta yang pengguna asalnya orang Malaysia, sudah daftar kereta dan no.platnya, CKD atau CBU(tapi telah dibeli dulu oleh orang Malaysia).

3 comments:

  1. salam,

    terima kasih atas maklumat ini, kalau boleh saya nak tahu lebih lanjut mengenai kereta recond:
    -adakah kereta baru keluar dari kilang di jepun tetapi x menepati piawaian kilang, juga disebut kereta recond? jepun kemudiannya membaik pulih mana2 yang tidak menepati piawaian itu dan dijual semula.
    -apabila kita ingin membeli kereta recond, bagaimana kita boleh tahu ia memang diimport dari jepun dan bukan kereta pasang di malaysia?
    -adakah saudara boleh rekemen mana2 kedai kereta yg terbukti menjual kereta recond yang original dan berkualiti?

    thanks.

    ReplyDelete
  2. terima kasih, sangat membantu..

    ReplyDelete